Wednesday, October 13, 2021

Pelakon, pengarah, penolong pengarah mengaku bersalah miliki dadah




Pelakon drama dan filem Muhamad Niezam Mohd Zaidi dan dua yang lain hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar atas tuduhan memiliki dadah.


Muhamad Niezam, 29, bersama pengarah Mohd Latif Zami, 49, dan penolong pengarah Saiful Zaidrin Ismail, 43, mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis cannabis dan methamphetamine.


Ketiga-tiga mereka, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.


Muhamad Niezam dan Mohd Latif didakwa masing-masing memiliki 1.15 gram dan 0.3 gram dadah jenis cannabis di sebuah rumah di No 835, Persiaran Jati, Taman Chandan Putri 2, di sini pada 7.15 pagi, 10 Okt lepas.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Saiful Zaidrin pula, didakwa memiliki 0.38 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine pada tempat, tarikh dan masa sama dan dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Timbalan Pendakwa Raya Nur Syuhada Muhammad Lutfi menawarkan jaminan RM6,000 bagi Muhamad Niezam dan Mohd Latif manakala RM8,000 bagi tertuduh ketiga.


Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Intan Shafini Mior Shahrin yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan anak-anak guamnya baharu sahaja memulakan penggambaran pertama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum.

No comments:

Post a Comment