Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Thursday, October 14, 2021

Rita Rudaini - ‘Bukan Antivaksin, Panggil Saya Prosafe’

 

Pelakon sensasi Rita Rudaini nafi bahawa dia tolak seratus peratus untuk ambil suntikan vaksin untuk virus Covid-19.


Namun sebenarnya Rita Rudaini berkata dia hanya akan terima vaksin itu jika ianya telah diiktiraf di seluruh dunia.


Ianya satu prinsip yang dipegang oleh Rita Rudaini, hanya menerima jika ianya telah disahkan sepenuhnya, memandangkan vaksin ketika ini masih diperingkat ujian.

Wednesday, October 13, 2021

Pelakon, pengarah, penolong pengarah mengaku bersalah miliki dadah




Pelakon drama dan filem Muhamad Niezam Mohd Zaidi dan dua yang lain hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar atas tuduhan memiliki dadah.


Muhamad Niezam, 29, bersama pengarah Mohd Latif Zami, 49, dan penolong pengarah Saiful Zaidrin Ismail, 43, mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis cannabis dan methamphetamine.

Sunday, October 10, 2021

Zizi Kirana temui bapa kandung yang terpisah

 


Penyanyi kelahiran  Samporna Sabah, Zizi Kirana meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menghubungi kembali bapa kandungnya.


Zizi terpisah dengan bapanya sekian lama sejak dia berusia tiga tahun.


Zizi, 36 berkongsi pengalaman itu ketika tampil menerusi di sesi Instagram Live bertajuk Rahsia Dia: Jodoh dan Ketentuan anjuran Nurflix.tv baru-baru ini.

Shuk Buat Hal Lagi… Rossa Sera Akui Sudah Putus Asa!



Rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya Rossa Sera kembali bergolak apabila Rossa memuat naik luahan perasaan di Insta Story baru-baru ini.


Menerusi entri tersebut, Rossa mengakui sudah tidak kuat lagi untuk melalui perkara yang sama serta reda di atas apa yang terjadi.